SISTEM DEPOSITORI KEBANGSAAN

Sistem Depositori Kebangsaan merupakan satu sistem yang dibangunkan dengan kerjasama antara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Kota Buku (PKB).

Sistem ini menyediakan perkhidmatan kepada penerbit untuk memudahkan serahan bahan digital secara dalam talian seperti yang disyaratkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Sistem ini dilengkapi dengan khidmat pengurusan hak cipta digital (Digital Rights Management) melalui enkripsi 256 bit AES (Advance Encryption Standard) untuk keselamatan dan perlindungan bahan-bahan khususnya pemeliharaan dan penyalahgunaan paten, penyalinan dan hakcipta.

Sistem ini juga dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan Perkhidmatan Kepada Penerbit secara atas talian yang meliputi modul Pendaftaran Penerbit, Permohonan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP).