Apakah Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP)?

Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) adalah data katalog yang disediakan secara percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.


Bagaimanakah PDP diberi?

Penerbit dikehendaki memuat naik salinan dokumen yang diperlukan seperti salinan mukasurat judul dan bahan awalan (salinan mukasurat hakcipta, salinan muka isi surat kandungan, salinan kata pengantar/pendahuluan, abstrak/sinopsis buku yang akan diterbitkan).

PNM akan menggunakan maklumat-maklumat yang telah diberikan untuk menyediakan data katalog untuk setiap judul baru termasuk nombor pengkelasan dan tajuk perkara.

Data PDP akan dihantar kepada penerbit dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Penerbit perlu mencetak data PDP yang telah diberikan di belakang mukasurat judul mengikut format yang diberi.


Di Mana Data PDP Dicetak?

Data PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul (di muka surat hakcipta).


Bolehkah data PDP dicetak mengikut mengikut design penerbitan tertentu?

Tidak. Penerbit diwajibkan mencetak data PDP mengikut butiran dan format yang diberikan. Sekiranya penerbit membuat perubahan atau tambahan pada mana-mana butiran di muka surat judul terbitan berkenaan (seperti pertukaran judul atau pengarang) penerbit perlu maklumkan perubahan tersebut kepada pihak Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP bagi memastikan data PDP yang tepat dicetak pada buku.


Adakah permohonan ISBN/ISSN/PDP dikenakan sebarang kos?

Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan perkhidmatan pemberian nombor ISBN/ISSN dan data PDP secara percuma kepada penerbit Malaysia yang berdaftar di bawah Program ISBN. Penerbit tidak dibenarkan menjual mana-mana nombor ISBN/ISSN yang telah diperuntukkan kepada mereka.


Bolehkah nombor ISBN/ISSN dan data PDP yang telah diberi dibatalkan?

Nombor ISBN/ISSN dan data PDP yang telah diperuntukkan bagi sesuatu bahan boleh dibatalkan dengan syarat buku tersebut belum dicetak lagi. Penerbit perlu membuat permohonan secara bertulis samada melalui surat atau email rasmi bagi tujuan tersebut kepada Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP dan salinan kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara.


Adakah penerbit boleh menangguhkan penerbitan?

Penerbit dibenarkan untuk membuat penangguhan penerbitan. Penerbit perlu memaklumkan penangguhan secara bertulis samada melalui surat atau email rasmi kepada Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP dan salinan kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Tempoh maksima pelanjutan penerbitan tersebut adalah selama 3 bulan.


Saya sudah tidak lagi menerbitkan buku dan ingin menutup akaun. Apakah yang perlu dilakukan?

Penerbit perlu memaklumkan perkara tersebut secara bertulis samada melalui surat atau email rasmi kepada Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP.