SOALAN LAZIM AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 (AKTA 331)

  1. Apakah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)?
    Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) adalah undang-undang penyerahan atau “Legal Deposit” yang mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam Negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara.

  2. Apakah jenis terbitan yang WAJIB diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berdasarkan kepada Akta 331?
    Semua jenis terbitan samada bercetak atau tidak bercetak yang diterbitkan di Malaysia dan diedarkan secara jualan atau percuma, termasuk bahan-bahan terbitan seperti Buku, Majalah, Laporan Tahunan, Suratkhabar, Kertas Persidangan, Peta, Poster/Carta, VCD, CD, e-buku dan sebagainya.

  3. Bilakah saya perlu menyerahkan terbitan baharu saya?
    Setiap terbitan bercetak perlu dihantar selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh terbitan. Manakala, bagi terbitan tidak bercetak perlu dihantar selewat-lewatnya setahun selepas tarikh terbitan.

  4. Berapakah bilangan naskhah yang perlu diserahkan?
    Lima (5) naskhah bagi setiap judul terbitan bercetak; dan dua (2) unit bagi setiap judul terbitan tidak bercetak. Pengagihan penempatan naskhah untuk terbitan bercetak adalah seperti berikut: Lima (5) naskhah (satu (1) simpanan kekal Koleksi Negara; satu (1) simpanan pendua Koleksi Negara; tiga (3) rujukan pengguna di PNM). Manakala, bagi terbitan tidak bercetak akan diagihkan satu (1) unit simpanan kekal Koleksi Negara dan satu (1) unit rujukan pengguna di PNM.

  5. Adakah saya perlu menyerahkan terbitan edisi baharu dan cetakan semula?
    Ya, penerbit perlu menyerahkan terbitan edisi baharu (kemaskini) dan tidak perlu menyerahkan terbitan cetakan semula yang mana terbitan asal telah

  6. Adakah terbitan kerajaan tertakluk kepada Akta 331?
    Ya, Akta 331 terpakai untuk semua penerbit di Malaysia tidak kira penerbit individu, penerbit swasta,penerbit kerajaan,penerbit persatuan dan sebagainya.

  7. Adakah setiap terbitan yang hendak diserahkan memerlukan nombor ISBN atau ISSN?
    Semua terbitan samada diterbitkan menggunakan ISBN/ISSN atau tidak, perlu dan WAJIB diserahkan kepada PNM di bawah Akta 331.

  8. Bilakah terbitan saya boleh diakses?
    Terbitan akan mengambil masa lapan (8) bulan setengah untuk dikatalog dan diproses. Anda akan dapat melihat rekod katalog terbitan anda di Web OPAC Portal PNM. Bahan ini hanyalah untuk rujukan di PNM sahaja dan tidak boleh dipinjam.

  9. Adakah saya akan mendapat pengakuan apabila saya menyerahkan terbitan saya?
    Ya, anda akan menerima sepucuk akuan penerimaan dalam tempoh masa satu (1) hingga tiga (3) bulan selepas penyerahan bahan terbitan. Sila hubungi kami sekiranya anda masih tidak menerima sebarang akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penyerahan terbitan.