PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN), INTERNATIONAL STANDARD SERIAN NUMBER (ISSN) DAN PENGKATALOGAN DALAM PENERBITAN (PDP)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menawarkan 3 perkhidmatan secara PERCUMA kepada penerbit iaitu:

  • Pemberian Nombor International Standard Book Number (ISBN/eISBN)
  • Pemberian Nombor International Standard Serial Number (ISSN/eISSN)
  • Penyediaan Data Pengkatalogan dalam Penebitan (PDP)
 

PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN/eISBN)

 

Satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai tahun 1982 yang berpangkalan di London.

Dicetak di kulit belakang buku.

Mengandungi 13 angka dan didahului dengan akronim ISBN atau eISBN dalam huruf tebal.



KEPENTINGAN ISBN/eISBN

Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Membantu mempromosi penerbit Malaysia dalam "Global Register of Publishers" menerusi laman web Agensi ISBN Antarabangsa.

Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.

 

PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD SERIAL NUMBER (ISSN/eISSN)

 

Satu nombor bersiri piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah penerbitan berkala.

Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN di Malaysia mulai Jun 1976 oleh Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis.

Dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.



KEPENTINGAN ISSN/eISSN

Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.

Memperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.

 

PENYEDIAAN DATA PENGKATALOGAN DALAM PENEBITAN (PDP)

 

Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) adalah data katalog yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.

Penerbit perlu mencetak data PDP yang telah diberikan di belakang mukasurat judul (di muka surat hakcipta) mengikut format yang diberi.


KEPENTINGAN PDP

Mewujudkan keseragaman standard pengkatalogan yang digunapakai oleh perpustakaan di Malaysia.

Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam kerja-kerja pengkatalogan dan seterusnya mempercepatkan pemprosesan buku tersebut untuk rujukan pengguna.

Penjanaan statistik tajuk perkara (subjek) buku-buku terbitan di Malaysia.

Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses pemilihan dan perolehan buku.

Nilai tambah kepada penerbitan buku.


 

MAKLUMAT LANJUT

 

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan kepada penerbit, sila rujuk Soalan Lazim atau hubungi kami di

Pusat Bibliografi Negara
Aras 3, Anjung Bestari,
Perpustakaan Negara Malaysia,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur

Tel : 603-2687 1940/1841/1785/1772

Email : isbn@pnm.gov.my / isbnpnm@gmail.com / issn@pnm.gov.my / pdp@pnm.gov.my