SISTEM DEPOSITORI

Sistem Depositori merupakan satu sistem yang dibangunkan bertujuan meningkatkan perkhidmatan kepada penerbit khususnya bagi serahan bahan digital secara dalam talian seperti yang disyaratkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Sistem ini berupaya menerima dan menyimpan bahan perpustakaan dalam pelbagai format digital yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan kandungan bahan dan hak cipta digital (Digital Right Management).

Sistem ini juga dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan Perkhidmatan Kepada Penerbit secara dalam talian yang meliputi modul Pendaftaran Penerbit, Permohonan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PdP).