Penerbit haruslah memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Perpustakaan Negara Malaysia melalui Sistem Depositori ini sebagai tapak rasmi komunikasi bagi Perkhidmatan Kepada Penerbit dan Depositori bahan digital bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
2. Penerbit tidak dibenarkan dengan sengaja atau tidak mendedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada pihak lain.
3. Bahan yang diterbitkan adalah sempurna sifat teknikal dan grafik untuk disimpan kekal di dalam sistem komputer bagi kegunaan pengguna.
4. Penerbit tidak dibenarkan dengan sengaja atau tidak memasukkan apa-apa virus atau alat peranti yang boleh merosakkan atau mengganggu pengaturcaraan mana-mana data, sistem komputer dan perisian.
5. Penerbit tidak dibenarkan dengan sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan, memalsukan atau memperdayakan Akta Mesin Cetak Rompak dan Penerbitan, Undang-undang Jenayah, Akta Persaingan 2010 & Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, Akta Rahsia rasmi 1972 dan lain-lain yang berkaitan.
6. Penerbit tidak menerbit bahan yang mengandungi bahan lucah.
7. Penerbit tidak dibenarkan dengan sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana Undang-undang Penerbitan yang mengandungi Kandungan memfitnah, melanggar mana-mana hak privasi atau publisiti mana-mana pihak.
8. Penerbit tidak menerbitkan dan menyerahkan bahan yang melanggar mana-mana hak harta intelek atau hak cipta dan lain-lain.
9. Penerbit tidak melibatkan diri dalam aktiviti mempromosi atau memudahkan aktiviti seperti cetak rompak, penggodaman, atau apa-apa aktiviti berkaitan yang menyalahi undang-undang.
10. Penerbit tidak menerbitkan dan menyerahkan bahan-bahan yang mengandungi kandungan bahan terlarang seperti perkauman, lucah, spyware, kod yang tidak dibenarkan dan lain-lain.
11. Penerbit adalah tidak dibenarkan untuk menerbitkan bahan2 yang mengandungi isu-isu sensitif 3R iaitu perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty).