Guidelines for Legal Deposit Legislation yang telah diterbitkan oleh UNESCO telah menggariskan antara fungsi utama Perpustakaan Negara adalah untuk memastikan maklumat dapat dikumpul dan diakses oleh masyarakat dan menjadi asas dalam membangunkan masyarakat bermaklumat melalui Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menerusi Ketua Pengarah yang dilantik di bawah Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1972, mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhadap Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) yang menggantikan Akta terdahulu iaitu Akta Pemeliharaan Buku 1966 dalam melaksanakan pengesanan bahan terbitan di Malaysia.
Akta ini berkuatkuasa sejak 15 April 1987 adalah bertujuan untuk:
Bahan perpustakaan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri (majalah, jurnal, buletin, suratkhabar), peta, carta, poster, risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik (perisian komputer, CD-ROM) dan media lain yang mengandungi maklumat.
Penerbit disyaratkan untuk menyerahkan semua bahan perpustakaan yang diterbitkan di negara ini kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Seksyen 4(1) memperuntukkan supaya lima (5) naskhah bahan bercetak diserahkan dalam masa satu (1) bulan dari penerbitannya untuk buku dan satu (1) minggu bagi terbitan bersiri, sementara Seksyen 4(2) memperuntukkan supaya dua (2) naskhah bahan tidak bercetak diserahkan dalam masa satu (1) tahun dari penerbitannya.
Tertakluk kepada Seksyen 4(3), penerbit yang gagal menyerahkan bahan perpustakaan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu sahaja).
Bahan perpustakaan yang diserahkan kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara didaftarkan dan butiran mengenai bahan disenaraikan dalam Bibliografi Negara Malaysia yang diterbitkan atas talian oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Perangkaan mengenai bilangan judul yang didaftarkan mengikut pembahagian perkara, tahap pembacaan dan bahasa disediakan bagi kegunaan dalam dan luar negara.
Bahan perpustakaan yang diterima di bawah Akta ini disimpan di lokasi berikut:
Serahan boleh dilakukan melalui kaedah pos atau serahan di kaunter seperti alamat di bawah :
Pusat Penyerahan Terbitan Negara
Aras 2, Anjung Bestari,
Perpustakaan Negara Malaysia,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Sila masukkan butiran yang diperlukan di bawah: